Berjalan di titi runcing
ada labah-labah menebarkan jaring
hilaian gagak mentertawakan
ada suara cengkerik didalam perigi
kaki terluka berdarah terus melangkah
dikiri duri dikanan perigi
Langkah terhenti mendongak langit
pekik guruh hujan menari
perit dijiwa tidak mampu berkata
terhempit dengan seribu alegi sepi
bibit-bibit senja kian terasa
walaupun berundur seribu langkah
tidak mampu ku pulangkan semua
Biar saja aku bernyanyi
kerana terhapus segala lara
biarkan saja bayangku hilang
kerna malam tetap akan datang
biarkan saja aku bersiar
kerna tidak ada yang perduli
adie
1 comment:
Salam kenal..... if jumpa Naha, kirim salam kat dia ekkk.... contact number dia dah terhilang since we all balik dari Phuket hari tuuu...
Syed....
Post a Comment