Thursday, January 17, 2008

Comolot







Sebuah filem arahan dan lakonlayar oleh Mohd Ikram Ismail dan dihasilkan dalam format filem pendek, maka terhasillah sebuah filem gay melayu yang penuh dengan kontroversi.

Sebenarnya, comolot sudah merata-rata sudah ditayangkan, samada di ASWARA sehinggalah ditayangkan sempena Festival Kesenian dan Muzik anjuran Rantai Art Event.

Cinta Sejenis & Sinopsis

Filem COMOLOT bermula dengan watak Juwita tunangan Danial membawa sekuntum bunga ke apartment Danial. Pergerakan dan gerak laku yang terpancar pada wajah Juwita menampakkan kegembiraan yang ketara. Setibanya Juwita diperkarangan tempat letak kereta apartment Danial, Juwita melangkah kaki ke arah sebuah kolam renang yang terletak berhampiran dengan parking kereta. Di amatinya keseluruhan kolam renang mencari kelibat Danial, tetapi hanya kelihatan dua pasangan lelaki amat mesra dengan salah seorang daripadanya duduk ditebing kolam, dan seorang lagi duduk di dalam kolam, sambil memangku tangannya ke paha pasangannya. Juwita melangkah kaki ke pintu lift menuju ke tingkat rumah Danial dengan penuh senyuman. Di dalam ruang tamu rumah Danial, kelihatan Aiman dan Danial duduk berdua menghadap sebuah meja makan yang diatasnya dikelilingi cahaya lilin. Berbekalkan cahaya lilin dan dengan iringan muzik yang romantik, Danial dan Aiman sibuk menjamu selera dengan hidangan makan malam. Danial tersenyum memandang Aiman, begitu juga dengan Aiman yang tersimpul malu memandang wajah Danial yang nampak tampan dalam cahaya gelap. Pintu lift terbuka, Juwita melangkah keluar dari dalam lift menuju ke pintu rumah Danial. Juwita mengetuk-ngetuk pintu rumah, tetapi tiada siapa yang membukanya. Pintu rumah dibuka, Juwita melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah berhati-hati agar tidak mengejutkan Danial, sekaligus memberikan kejutan padanya. Di amatinya ruang tamu yang berselerak dengan hidangan makanan dan alunan muzik yang terbuka, Juwita menjadi terkejut dan ini tidak memberikan impak negatif padanya. Juwita melangkah ke hadapan mencari kelibat Danial, lalu masuk ke dalam bilik Danial. Pintu bilik Danial dibuka, Juwita melangkah masuk ke dalam, lalu terkejut memandang bilik Danial yang berselerak dengan kain cadar, bantal-bantal yang berselerak seperti tidak terurus. Juwita mendekati arah cadar katil, dan terpaku dengan balutan kondom yang terbuka dan tumpahan cecair KY di atas cadar katil. Ini merungsingkan lagi kepala Juwita apabila melihat dua helai seluar jeans tercampak di atas lantai. Pandangan Juwita terganggu dengan bunyi dari arah bilik air. Di dalam bilik air, kelihatan Danial dan Aiman berpelukan mesra. Juwita mendekati bilik air, lalu ditolaknya pintu bilik air dengan sekuat hati. Alangkah terkejutnya apabila melihatkan Aiman dan Danial bersama di dalam bilik air. Bunga yang dipegang Juwita dicampakkan ke arah Danial. Dengan perasaan yang amat marah sekali, Juwita bergerak meninggalkan mereka, tetapi dihalang oleh Danial yang mula memujuknya. Juwita berkeras hati tidak akan memaafkan Danial. Aiman mendengar pertelingkahan antara Danial dan Juwita dari arah pintu bilik air. Aiman mengintai, sehinggalah Danial dan Juwita bergerak meninggalkan Aiman keseorangan. Pada malamnya, Aiman seperti kebiasaannya, akan mengunjungi Taman Tasik seorang diri , bertujuan mencari ketenangan. Di taman tasik, Aiman berlegar-legar di kawasan taman, sambil matanya melirik memandang beberapa pasangan lelaki berpegangan tangan berjalan-jalan sekitar Tasik. Dari jauh nampak Aiman nampak sedih dan termenung melihatkan kelibat beberapa orang lelaki berjalan dan ada yang bersiul ke arahnya. Aiman tidak mengedahkan mereka. Tanpa disedari, Aiman terserempak dengan Khairul, teman lamanya yang juga mengunjungi taman tasik bersama pasangan yang disayanginya. Setelah mereka berbual, Khairul menanyakan pada Aiman tentang kesahihan perkahwinan Danial dengan Juwita. Aiman terkejut dan tergamam memandang Khairul. Pada keesokan harinya, Aiman memandu kereta menuju ke rumah pengantin untuk menyaksikan majlis perkahwinan antara Danial dan Juwita. Sebelum sempat Tok Kadi berjabat tangan dengan Danial, Aiman tiba diperkarangan pintu rumah. Aiman berdiri memandang Danial dengan perasaan amat sedih. Danial sedar dengan kehadiran Aiman dan hanya memandang Aiman dengan perasan sedih. Apakah yang terjadi seterusnya?. Mampukah kehadiran Aiman menggoncang perkahwinan yang dirancang?. Apakah yang berlaku berikutnya?. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehadiran COMOLOT JUNE 2007 di panggung ASWARA.


condom in a hot scene



nie set up org baru pas main seks ...


Kontroversi Yang Kritikal?
Bagi Sensasi Selebriti, Mohd Ikram memang cukup berani menonjolkan sesuatu yang cukup kontroversi untuk tontonan semasa. Ianya membentuk satu paradigma yang memerlukan kita berfikir secara kritikal dan melihat melalui filem tersebut tanpa hanya memberi pendapat dari sudut luarannya.






Buka Minda?
Secara wajarnya, Comolot buka sekadar filem berkaitan dengan percintaan songsang antara sama jantina, bahkan ianya membawa satu metafor yang cukup universal iaitu mengisahkan satu rasa kasih sayang antara insan khususnya, hinggalah kepada sesama manusia amnya.

Mungkin minda dan objektif pemikiran massa di Malaysia sudah dibentuk supaya bersikap homophobia tanpa memberikan justifikasi yang adil untuk perkara seperti ini.

Maka, dengan lahirnya Comolot, ianya merupakan satu tamparan kepada budaya dan minda kita untuk menilai karya-karya yang dikatakan sebagai bergenre ‘erotik’ seperti ini.

Berani dan Nasty?
Sebenarnya, Comolot adalah satu filem yang berani dan penuh dengan keterbukaan dalam masyarakat yang cukup tertutup. Sebenarnya, filem ini bukanlah filem sampah, cuma bagi mereka yang sudah tertutup minda dan hati, maka akan menganggap filem-filem indi seperti ini adalah filem yang tiada mesejnya aatau filem sampah.

Cuma satu persoalan bagi kita, adakah kita sanggup dan dengan rela hati menerima karya seperti ini atau kita akan selama-lamanya menganggap karya-karya seperti ini cukup taboo sehinggakan kita akan menutup minda dan hati dari menerimanya. Dan yang pasti, adakah selama-lamanya kita akan menafikan satu hubungan seperti dan dan hanya melarikan diri tanpa berkesempatan mendalami dan memperbaiki perkara ini.

2 comments:

Kenangan Lalu said...

Watched it months ago.

I still think it's a crappy movie.

I'm not talking about the issue.

Its such a noob movie~ Penceritaan mendatar~

And it's such a stereotype movie, xde suprise, expected ending and lakonan yang tak feel real~

Ps - Suke tengok movie Shelter, carikla kat Youtube.

shandye. said...

watched shelter last semester.

yup. moved my emotions quite a bit.

comolot is just a sort of a door opener for more thought-provoking no-nonsense films to come out from malaysia.

hopefully.